Showing posts with label ~CaSa PeRdAnA~. Show all posts
Showing posts with label ~CaSa PeRdAnA~. Show all posts

Tuesday, 4 February 2014

Bilik Atas

Assalamualaikum.

Muncul kembali di tahun 2014 setelah lama tak update blog.

Lepas masuk rumah ni takde plak aku nak buat tour untuk rumah aku ni.. Masa sebelum masuk hari tu, beria aku buat tour pasal rumah walaupun tak banyak sebenarnya. kahkahkah. 
Kali ni aku nak share gambar bilik kat tingkat paling atas. Bilik tu kecik jer, sebelum ni main sumbat jer segala kotak-kotak dan barang yang cacamerba.

Aku dah lama nak kemas bilik tu tapi encik husband tak bagi usik barang2 dia. Takut aku buang la tuh.. Hihihi.  Tapi setelah dekat 2 tahun pindah, aku memang nekad nak kemas bilik tu.  Jadi misi bermula dengan menyusun buku-buku encik husband kat rak.

Lepas tu buang segala benda yang boleh dibuang. Kotak-kotak pun buang.  Baru la clear mata aku tengok bilik tu.
Aku ingat nak buat ofis encik husband kat situ. Tapi tak tau la jadi ke idok.  Sekarang dia buat keje kat dining table.  Sepah-sepah wei dengan barang dia, tapi radho jer lah.

So ni la keadaan sebelum dan selepas dibuang, disisih dan dikemas apa yang patut.



Ni gambar sebelum yer.



penuh segala barang dan kotak-kotak.



pening tengok tau.


Dalam kotak ni kebanyakan buku encik husband dan barang mainan.


Ni gambar selepas kemaskan bilik tu.

*


*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*


Ngade-ngade nak suruh korang scroll lama sikit. Hihihi..


Simple jer pun. Tapi beria macam best sangat ko kemaskan. Hahaha..


Kemas banyak ni dari yang dulu.

Sekian dulu pasal bilik ni. Lain kali aku up citer lain plak yer.

Bye.

Wednesday, 23 October 2013

KUFI ART

Assalamualaikum.. 

Ehh, tetiba ada citer kat blog ni kan..Lamanya nak ada citer baru. Ini lah blogger hangat-hangat taik ayam namanya. Ni nak citer pasal Kufi Art yang aku tempah kat Creative By Two. Yang aku tempah untuk rumah aku tu material kanvas. Memang aku puas hati. Ni aku letak gambar dinding rumah setelah digantung kufi kanvas yg aku beli tu.



Cantik tak kufi Kak Tonnn... Hehehe.. Nak jugak guna nama Kak Ton. Oklah, tu jer nak citer. Dah lama tak up entry kat blog tetiba update pasal kufi. Sape-sape yang nak tempah boleh la jenguk blog Creative By Two. Bye.

Wednesday, 7 March 2012

SOFA KECIK

Assalamualaikum.

Saje nak tayang sofa kecik yang dah laaaaaaaaaaaama sangat order, tapi baru suruh hantar minggu lepas. Sebab taknak suruh hantar kat rumah lama, nanti kotor plak time pindah. Hehehe.. So ni la sofanya.

Comey tak?

Suke dpt sofa kecik.

Ngam2 untuk dia jer.



Tuesday, 28 February 2012

PEN DAN SOFA

Ni citer malam tadi... Untuk pengetahuan, saya dah pindah rumah dah hari ahad lepas.. Tak sempat nak citer lagi sebab penat blum habis lagi. Rumah pun masih bersepah-sepah macam tongkang pecah. Balik keje kemas sket2 yang termampu dulu..

OOpss.. kat sini nak citer pasal sofa baru.. Tahun lepas lagi beli sofa ni tapi hari sabtu lepas baru delivery.. Sofa kulit color putih you... Malam tadi budak kecik tu dapat pen dari papa dia, dannnn....oohhhh tidakk.. sofa ku telah diconteng. Mungkin dia tak sengaja kot, sebab time tu dia pegang kertas. Mungkin masa dok tulis2 kat kertas tu terlebih conteng sampai sofa.. Masa saya tengok tu automatik suara cam halilintar.. Apa lagi, nangis la budak kecik tu.. Tapi yang peliknya, saya marah kat dia, still dia nak datang kat saya... And say sorry and kiss2 and hug :) hahahaha.. Lepas tu saya dah cool down dan buat2 tak nampak jer lah kesan pen kat sofa tu..

Ni buktinya yer...

Ni la tempat yang kena conteng tu.. Kat tempat terang lagi bersuluh..

Zoom sket bagi clear...
Hambik kau.. saper suruh beli sofa putih.. Sape ada cara tanggalkan kesan pen cam ni eh?? Hehehehe...

p/s: cara untuk hilangkan kesan pen kat sofa putih dengan menggunakan marker putih. Conteng kat tempat sama yang kena conteng sebelum tu. Saya dapat info ni dari blog mana ntah. Lupa sudah. Hihihi...

Monday, 20 February 2012

CUCI-CUCI RUMAH

Assalamualaikum..

Pagi semalam, saya ke rumah baru untuk ops cuci. Plan nak cuci rumah hari sabtu, tapi tak jadi sebab masih ada orang buat keje lagi. Hari khamis lepas ada call contractor yg buat renovation, katanya hari khamis siap keje. Alih2 pergi hari sabtu tu diorang dok pasang grill dan touch2 up grill. Sakit hati jugak. Ada sorang worker tu, siap pasang aircond ngan kipas skali dok ngecat grill.. Aduhh.. Tak bleh tahan. Nasib baik dia dah berumur. Klau muda lagi saya off jer aircond tu. Agak2 la kan. Pasang salah satu dah la. Ni dua2 dia pasang. So, hari sabtu tu, saya cuma ambil ukuran untuk beli railing langsir jer lah. Plug untuk dapur dengan oven pun diaorang tak pasang lagi. Plug kat kabinet tv punnnn tak pasang lagi. Hari isnin (hari ni la) baru nak pasang. Dulu janji minggu ke dua Februari dah boleh siap, tapi ni dah masuk minggu ke 4 dah. Nasib badan...

Disebabkan rumah dah cuci, so malam tadi dah sms bagitau kat contractor tu suruh pekerja dia bukak kasut sebelum masuk rumah.. Hehehe.. Pesanan tuan rumah. Taknak la nanti nak pindah hujung minggu ni rumah kotor balik.

Berbalik pada citer ops cuci saya tadi..Pergi2 hari ahad tu, saya bancuh acid pencuci tile dgn air, pastu mop satu rumah. Saya guna acid ni sebab nak bagi senang tanggal kesan2 cat yg bersepah2 tu. Dah habis mop semua, naik tingkat paling atas, sembur rumah guna paip getah. Air cam air terjun turun tangga. Hehehe.. Setiap tingkat saya buat. Cuma yang tingkat bawah sental banyak la. Macam nak patah pinggang ni rasanya. Dah basuh semua baru la gi sental kat bilik air pulak. Tu lagi la nak kena sental. Orang2 yang buat kerja bukan tau jaga kebersihan. Kat lubang toilet penuh dengan puntung rokok. Pastu guna tak reti nak flush. kotor...eh, tak pasal2 membebel kat sini kan... ekekeke.. So hari ahad lepas memang satu hari buat kerja. Rasa cam turun 10kg. Hahaha.. Tapi memang penat sangat dan sakit badan teramat sangat. Sampai tak lena tido.. Asyik jaga jer. Pastu nak lena balik punya la susah. Kul 4 lebih tertido, pastu malas nak bangun. Akhirnya lambat la datang ofis hari ni. Gitula kesudahan citer ni. Gambar takde sebab bz buat ops cuci. Tak sempat nak pegang hp pun.

Wednesday, 8 February 2012

LAMPU DAN KIPAS RUMAH BARU

Masa cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam hari tu, saya gi jenguk rumah baru. Nak tengok progress takat mana dah siap. Lampu-lampu dengan kipas semua dah pasang. Lampu2 yang takde lagi pun saya dah beli dan dah suruh diorang pasang hari tu jugak. Hehehe.. Kat sini saya akan letak gambar2 yang sempat saya ambik dengan harga sekali untuk rujukan sape2 yang nak tau, tapi tak semua la.

Ni chandelier kat ruang tamu.
Harga 1 chandelier RM700.
Kipas DEKA RM395.

Kipas Alpha Vannus ni beli kat kedai yg 1st harga RM330 kat Jalan Dato' Keramat. Beli kat kedai di Juru RM250. Banyak tak beza? Banyak kan??

Ni time dia kuncup.

Lampu kat break1st table ni RM238. Sebenarnya saya tak suka org yg pasang buat bertingkat camni. Saya lebih suka sama level jer. Tapi dia dah pasang dah time saya pegi tu.

Ni lampu kat area tangga rumah. Harga RM110.

Yang ni letak kat balcony master bedroom. Harga RM49 tak termasuk bulb energy saving. Murah tak? Bagi saya memang murah, sebab tu saya beli. Bulb RM6.80 each. So darab la dengan 5 yer.


Kalau on kan switch camni la jadinya.

Yang ni lampu kat balcony bedroom tingkat 3. Harga RM18 tak termasuk bulb energy saving. Bulb RM6.80. Murah gak.

Gambar lampu gate lupa nak ambik.

Untuk pengetahuan uols jugak, harga downlight (boleh tengok gambar pertama or kedua klau tak perasan tadi) RM3.50 jer untuk casing tu. Bulb energy saving RM7.50 satu.



Perhatian! Gambar2 kat bawah ni takde kena mengena dengan tajuk di atas yer. Harap maklum. Tapi nak jugak masukkan kat sini sebab pasal rumah baru jugak. Hehehe..

Ni view belakang rumah baru nanti. Boleh bercucuk tanam nanti kat sini.

Dengan happy budak ni berbasikal kat jalan belakang.

Dua2 happy. *Wink*

Lagi gambar happy.

Ok. Dah habis citer dah. Bye.

Tuesday, 17 January 2012

JoM MeNgeCaT RuMaH

Hari Sabtu dan Ahad yg dah berapa kali lepas, saya+husband+anak telah berusaha keras mengecat rumah baru kami. Hehehe.. suami jer kot yg lebih mengecat. Tapi memang habis sakit2 badan weii.. Tapi seronok gak mengecat ni, tambah2 rumah sendiri. Dari pagi sampaiii petang dok sana... Cat color putih jer utk rumah ni. Tak tau nak cat color apa selain putih.. hehehe..  meh kite layan gambar yg tak seberapa ni..




Encik suami ku yang tercinta dok mengecat syiling rumah..


Kat sini saya mop bersih2 untuk lepak2 dan solat. Hehehe... Bersepah2.. Time ni belum install hood lagi. KC ni belum siap sepenuhnya.. Top takde lagi. Top saya pilih Quartz Stone color hitam. Yg pintu2 tu glass dan sticker putih kat dlmnya..


Budak kecik tu tengah tunggu nak g mandi. Mama sibuk amik gambar.


Hood sudah pasang minggu lepas.. tapi takleh nak test lagi..


Ni oven saya... yeeeaa.. seronok..dah dok umah baru nanti boleh la bake macam2.. rumah sekarang takde oven.




ok lah.. dah habis gambar dah..

Tuesday, 27 December 2011

KiPas VaNnus

Korang tau tak kipas ni Vannus tu caner bentuk dia? Cam kat bawah ni haa...


(pic dari google)

Ari tu saya dah beli kipas ni kat 1 kedai area Jalan Dato' Keramat tu.. Rege dia RM300+ tapi tak ingat berapa plus tuh.. minggu lepas saya gi beli lampu kat Juru, kipas tu ada gak, tapi rege kipas tu RM250 jer kotttt... Aduhh.. padan muka sendiri... apa lagi,sebab murah amik lagi sebijik utk letak kat dapur. Hari tu beli untuk letak kat dining table.

Kipas untuk bilik, tetap yg hari tu la, Alpha yg ada emergency light tu. Ni nak bagitau, skang ada promotion tauu untuk kipas alpha yg tu... rege dia klau 1, RM355, tapi klau beli 2 dapat rege RM598. Jimat banyak tuuu.. so saya beli 4 biji untuk bilik tido.. Hehehe... untung tak beli lagi masa amik quotation tu. So, sape yg nak beli kipas, boleh la beli kipas alpha yang ada promotion tu. Boleh jimat sikit..  


Tuesday, 13 December 2011

PaSal RuMah Lagi...

Minggu Lepas saya jumpa contractor lagi pasal quotation. Jumpa kat site rumah saya. Rupa-rupanya kat dalam bilik air dah ada plaster ceiling, so boleh la letak downlight jugak.. Habis, lampu yang dah order sebelum ni caner?? (citer pasal lampu ni ada kat citer sebelum ni) Setelah difikir2 lampu tu leh letak dalam utility room 1, porch kete pun boleh jugak letak 1, 2 lagi cancel. Tukar amik lampu untuk letak kat break1st table.. hehehehe...

Setelah dicongak2, ditambah dan ditolak, bajet telah melebihi taraf bahaya..hehehe.. melebihi bajet yang telah ditetapkan oleh saya sendiri.. Sakit kepala saya dok pikir pasal renovate rumah ni. Suami saya cakap, takpe la belanja lebih untuk pakai lama, bukan pakai kejap dah rosak. Tengok jer lah nanti camner. Saya bukan buat renovate bagai nak rak, cuma untuk tambah2 dan touch up bagi cantik sket jer. Kang kosong plak rumah nanti. Betul tak?? Mungkin akan confirm je ngan contractor ni. Sebab dia buat untuk satu rumah. Senang citer takyah nak amik org lain2. Oklah tu jer kot nak membebel. Sajer nak luahkan perasaan yang berkecamuk ni. ceewah.. Berkecamuk la sangat. hehehehe..

Wednesday, 7 December 2011

JaLan2 CaRi LaMpu DaN KiPas

Hari sabtu minggu lepas saya ke rumah baru sebab ada appointment dgn contractor. Biasa la kan, nak suruh datang ukur untuk grill, kitchen cabinet, wardrobe bla..bla...bla... banyak benda nak buat tapi duit ciput jer.. hehehehe..saje je la amik quotation dulu, klau terlebih dari bajet yang ada, buat apa yang penting dulu. klau kena ngan bajet yang ada, leh la buat banyak benda. Appointment kul 2pm ngan contractor yg buat semua benda.. Kul 3pm ngan org wiring. Nama dia Syukor. Dia ni satu ofis dulu, tapi skang dia dah dok kat daerah, tapi still bawah satu Jabatan. Org cakap keje dia kemas.. apapun, nak dapatkan quotation dulu.

Lepas dah habis ukur2 tu, Syukor bawa kitaorang g kedai lampu kat Juru. Kedai ni agak besar, so kitaorg laki bini pilih lampu ngan kipas kat situ. Thanks to Syukor sebab bawak kitaorg g kedai ni. Kat bawah ni quotation yg kedai tu bagi.

Downlight casing square silver 32 biji (RM3.50 satu) = RM112.00
Philips 18w energy saving bulb 32 biji (RM7.50 satu) = RM240.00
Alpha E-Light With Emergency Light Ceiling Fan 3 biji (RM355 satu) = RM1065.00 - ni untuk bilik
Alpha 838/5b zen design celing fan (RM290 satu) - RM290.00 - ni untuk dapur
10" Panasonic Exhaust fan sebijik (RM92 satu) = RM92.00

Semua sekali RM1799.00. Ni pun kitaorg amik quotation jugak.. hehehehe.. pastu dah habis tu, kitaorg g kedai lampu kat Pulau plak. Kat area Jalan Dato' Keramat. Harga kipas model sama rege dia RM370.00.. waahh. Banyak jugak beza.. so mungkin jadi la kot amik yang kedai 1st. Tapi kedai 2nd tu kitaorg beli lampu untuk bilik air..


Ni lampu yg kami beli untuk letak kat bilik air. Yg paling atas tu.. Yang paling besar.. hehehe.. Harga RM78 satu. Kami beli 4 bijik untuk 4 bilik air. Baru bayar deposit RM100.00. Memula ingat nak letak downlight gak kat bilik air, tapi rasa cam tak cukup duit jer sebab kalau letak downlight kena pasang plaster ceiling. So beli jer la yg tu. Save sket.



Ni plak kipas yg rege RM355.00 tu. Saya amik putih jugak.

Skang ni saya dok tunggu quotation untuk kabinet dapur ngan wardrobe. Satu pun takde lagi. Grill dah ada yang bagi. Untuk wrought iron - satu rumah RM12700.00. Berpinar bijik mata. Untuk yang mild steel RM9010.00. Ni dari company yg sama. Ada satu lagi company yg bagi harga grill 1 rumah RM8600 material metal. Tak tau la apa beza mild steel dgn metal. Saya try cari kat google, tengok cam sama jer. hehehe.. apapun nak try tanya company lain lagi. Saya rasa yang penting grill rumah dgn wiring la dulu. Pastu baru kabinet dapur, pastu baru wardrobe. Pastu baru yang lain2.. ekekekeke.. org takde bajet memang cam ni la. Takpe la kan, slow2 dulu. Nanti2 bleh tambah.. Kann?

Cukup la dulu perkongsian pasal rumah saya ni untuk hari ni... bye.



Tuesday, 29 November 2011

LaTesT PaSal RuMah

Lupa nak uar2 kat uols yang saya dah dapat kunci umah... Yeeaaaa... Saya pegi amik dekat pemaju hari jumaat 18 November 2011. Sangat teruja tau...

So bila dah dapat kunci, hari sabtu pagi tu, saya dan family pergi la kat umah baru kami tu... tengok2 apa yang patut. Sebab terlalu excited sampai tertinggal kunci kete dalam kete... Adoii.... Untuk pengetahuan semua, untuk lock kete saya tu, kena guna manual.. Yang tick tock (alarm) tu tak leh pakai.. Tu pun perasan sebab nak alih kete masuk garage umah.. Hubby try gak la cungkil2 tapi tak leh punnn.... Apa lagi, dia amik besi pecahkan cermin kete... Hahaha.. Melayang RM120 hari tu untuk tukar cermin baru.. Alamak.. termasuk citer lain dah ni.. ekekekek... 

Sebabkan kejadian tertinggal kunci, dah hilang mood dah nak sambung cek2 defect umah tu... So hari ahad kitaorg pegi check balik kot2 ada defect ke apa ke kan... pastu saya ada amik gambar umah tu.. kat sini  saya letak gambar umah baru kami tu untuk tatapan anda semua..ececeh...


Ha.. ni la rumah saya.. jemput masuk kawan2..

Gambar ni diambik dari sliding door. Rumah saya takde la besar sangat, cuma tinggi ke atas jer..

Ni la dapur.. Kecik jer kan?? takleh nak wat tall cabinet.. huhuhu.. teringin nak ada tall cabinet.

Depan tu bilik maid la kekononnye.. tapi saya takde maid, so bilik tu akan jadi stor la.. hehehe..

Tangga.. (bagitau jugak walaupun org dah tau ni tangga)

Ni master bedroom.. pun tak besar.

Ni bilik air master bedroom.. besarrr...tapi takde la besar cam umah banglo.. padan la ngan umah teres..

Balkoni kat master bedroom.. Nanti nak kena pasang pergola, sebab rumah mengadap matahari. Tapi tunggu duit lebih dulu, skang kena buat apa yang penting jer.

Ni 2nd  bedroom.

Tangga untuk ke tingkat 3 dan turun ke bawah..


Ni bilik air untuk bilik no.3 dan no.4. Share2 yer...

Ni bilik no.4. Memang kecik..

Ni bilik no. 3. Banyak glass.. jenuh nak kena letak langsir ni..

Ni view dari balkoni bilik no.3.. tu la kete kecik saya.. hehehe...

 Ni ruang antara master bedroom dan 2nd bedroom.. boleh la nak letak tv kat sini. tapi ruang tak besar sangat.

Main entrance. view dari tangga rumah..
 Tu jer kot untuk kali ni.. nanti dah pasang lampu bagai, saya letak lagi gambar rumah...
bye..




Wednesday, 21 September 2011

Cerita Sedih

Apa cerita sedih2 ni.. Haa... ni la nak citer ni.. Skang ni takde citer lain la kan, pasal rumah ajer lah.. Org tengah angau nak pindah umah sendiri.. Semalam saya telah paksa suami saya call developer jadi ke tak nak serah kunci weekend ni...sebelum ni diaorang ada bagitau nak buat small function 24 Sept ni untuk serah kunci. Semalam bila suami saya call diaorang cakap "little bit late"... adoiii... sedih weeii.. kita dah happy+excited+meroyan sket sebab ingat dah dapat kunci minggu ni.. ingatkan nak buat appointment dgn kontraktor dah untuk ukur kabinet dapur, grill rumah, wiring... sib baik tak call lagi. hehehehe... nampaknya tak dapat la nak masuk umah bulan depan.. mintak2 la bank tak mintak untuk start bayar loan lagi.. boleh la jimat sket.. tu la citer sedih saya dari semalam lagi.. Bye...

Tuesday, 20 September 2011

Cerita Kipas

Salam kawan2..Ni nak citer, sabtu baru2 ni saya ke kedai lampu lagi, tapi kali ni beli kipas la pulak. Kedai lampu ni kat Jalan Dato' Keramat Georgetown. Sebelum ni dah pergi kedai lampu ni, tapi g ngan ofismate je. Berkenan kat 1 kipas ni.. Kipas ni ada lampu LED kat bawah jenama DEKA, dan lampu tu leh dim.. so sabtu lepas saya bawak Encik Suami ke kedai tu sebab dia akan bayar.. hehehe... bila dia tengok, dia pun berkenan. Dan kami pun beli la kipas tu 1, dan 1 lagi kipas yang cam bunga kuncup tu jenama Alpha kalau tak silap, bila on bilah kipas tu kembang. Kipas untuk bilik belum beli lagi. Yang bilik nak beli yg biasa2 jer dan kat kedai mana2 pun ada... Kipas yang ada lampu LED tu saya tak jumpa lagi kat kedai lain yang pernah saya jenguk, kedai tu jer yang ada, ke saya yang tak nampak... Dah g kedai lampu kan.. so mesti la tengok lampu sekali... Dan.... ahhh, menyesalnya dah beli chandelier sebelum ni.. kat kedai tu lagi cantik dan paling penting, lagi murahhhh.... eeeeiii....bencinya...rasa menyesal sangat2 tau.. tapi nak buat camner, gelojoh sangat nak beli sebelum ni.. huhuhu.. sedih wei.. padan muka sendiri, terlebih excited sangat.. InsyaAllah, minggu ni akan dapat kunci umah.. Yahooooo.. Bila dah dapat banyak benda lagi nak kena buat.. takut pun ada gak, takut tak sempat nak pindah sebelum hujung bulan 10 ni.. sebabnya taknak bayar sewa umah dan bayar loan umah sekali.. banyak duit tu kalau bayar dua2 umah.. akhir bulan ni dah cukup setahun stay kat penang dan cukup setahun agreement sewa umah tu... taknak renew dah, tu pasal nak pindah umah sebelum akhir bulan 10 ni. hehehe.. terkeluar tajuk plak.. hahahaha.. takpe la kot. Bye.

Tuesday, 13 September 2011

Tak sabar

Hi to all.. dah lama dah tak citer apa2 kat blog ku ini..hehehe..hari ni nak tulis apa2 yang patut.. so, ni nak story kat uols sket, sabtu lepas, saya ke rumah baru kami.. rumah tu dah siap...yeeeaa....skang tunggu kunci umah je.. Developer tu cakap diaorang akan arrange 1 small ceremony untuk serah kunci tu.. and....it's end of this month.. hehehehe... really can't wait.. hahaha.. tak sabar sangat2 nak pindah umah baru.. skang dok bayar umah org je sibu hengget sebulan.. membazir rasanya... semua mahal kat penang ni... drp dok bayar kat org, better melabur utk rumah sendirikan?? berfaedah la jugak.. ni gambar yg sempat diambil semalam. tak banyak pun.. tapi nak gak tepek.. hehehe...


Ni la area rumah yang saya beli..


close up sket.. tapi ni bukan umah saya yer.. cantik tak? hehehe..

Ni master bedroom. depan tu ada balkoni.

Ni bilik air master bedroom


Memang tak sabar nak masuk umah baru.. feel lain weeii bila dah beli umah sendiri. tak kisah la umah 1st hand ke umah second hand ke.. janji umah sendiri.. dah dapat kunci ni, banyak benda nak kena buat dan banyak sennn nak kena habis dan dah banyak jugak yang dah habis....tapi takpe, untuk umah sendiri jugak.. dan kesian suamiku itu yang terpaksa menggores kad kreditnya dan mengosongkan akaun untuk memenuhi permintaan isterinya ini.. hehehe...

Dah habis melawat kawasan umah, kami melawat plak kedai lampu.. hehehe.. gi amik chandelier yang kami tempah.. ntah padan tak ngan umah nanti tak tau la.. tapi dah beli pun..terlebih excited, camni la jadinya.. pastu kami balik umah.. Plan sebenar nak g amik sinki ngan tap yang dah order.. tapi disebabkan dah amik lampu tu, terpaksa la amik sinki esoknya plak.. kete kecik jer..tak leh nak muat barang byk2.. dan ahadnya plak, kami g amik sinki ngan paip plak kat d'format Bayan Bay.. tu la citer saya weekend lepas... pastu isnin saya kena amik cuti sebab anak tak sihat.. sakit kaki.. asyik cakap.. "mama....takit" dan tunjuk betis dia..kesian dia.. tapi elok plak dia jalan esoknya.. so hari ni datang keje la.. best woooo minggu ni.. keje 3 hari je.. hari jumaat cuti lagi... hehehe...

Haa..ni la chandelier nyer.. yg murah je..