Showing posts with label ~Berkebun~. Show all posts
Showing posts with label ~Berkebun~. Show all posts

Thursday, 31 October 2013

Tuaian Pertama

Assalamualaikum..




Hasil dari kebun kecik kat belakang rumah ni, dapatlah tuai kacang botol hari ahad lepas.
Seronok sangat rasanya bila dapat hasil dari kebun sendiri walaupun mak yang tanam pokok tu.. hikhik..

Tinggal kat rumah teres ni tanah takde.. Nasib ada sikit tanah kat belakang tu. Boleh la bercucuk tanam. Banyak juga pokok yang tanam dalam pasu jer. Tak cukup tanah katanya nak tanam kat belakang semua.



Pokok yg merimbun.



Suasana kebun kecik waktu pagi.

Ni pokok-pokok yg ditanam kat belakang rumah, ada pokok kelapa, serai, ubi kayu, betik dan yang kat tengah-tengah tu pokok mangga. Aku ni baru nak belajar tanam pokok. Setakat ni boleh la... Baru nak berjinak-jinak. Ok lah. Bye. 

Ohye, satu pencapaian aku berjaya update blog dah 2 kali bulan ni.. Hikhikhik...




Wednesday, 14 March 2012

JOM BERKEBUN

Sekarang saya dah ada hobi baru tau.. Sebab dah duduk kat rumah sendiri, saya nak tanam pokok2 yang kita guna hari2 dalam masakan. Senang la kan nanti kalau nak guna sikit2 boleh terus amik dari laman rumah jer..

Buat permulaan, saya tanam pokok kunyit, lengkuas dan pandan. Semua ni, ambik masa balik kg minggu lepas. Saya tanam dalam pasu jer. Nanti slow2 nak tanam pokok2 lain plak. Serai, cili, limau purut, sayur2... Waaahhh..seronoknya.. Hehehe.. 

Kat belakang rumah ada tanah sikit, kat situ saya nak tanam pokok kelapa pandan. Pokok dah beli, tapi belum boleh tanam lagi sebab takde cangkul. Hahaha.. Minggu ni nak kena beli cangkul nih.


Kat sini saya letak gambar pokok2 yg saya tanam tu..  Gambar ni saya amik lepas saya tanam.

Ni pokok kunyit.



Pokok lengkuas.


Pokok pandan.


 Deretan pokok2 kat depan sliding door rumah.

Pokok kelapa ni tunggu masa nak tanam. Takat hari ni masih tersadai kat tepi dinding. hahaha...

Semua bancuhan untuk tanam pokok tu, saya main campur jer. Saya beli tanah tani 2 pack, tanah yg dah bercampur sabut 1 pack dan sabut 1 pack. Saya campur semua tu kat dalam pasu, baru letak pokok. Letak baja sikit lepas tu siram. Harap2 semua yang saya tanam tu hidup la. Weekend ni nak ajak suamiku g nursery. Nak usha apa yang patut.. hohohoho.. Sangat excited.