Tuesday 30 October 2012

Taska Cuti La Pulak...

Assalamualaikum.

Ni citer sebelum raya haji minggu lepas. Hari rabu pergi jemput Batrisyia cam biasa la kat taska, sekali cikgu bagitau esok taska cuti. Maknanya sehari sebelum hari raya tu taska tutup. Aku plak memang tak ambik cuti.. Biasanya diaorang akan maklum awal2, tapi kali ni tak maklum plak. Aku tak kisah pun.. Esoknya aku bawak jer Batrisyia datang ofis. Bos aku pun cuti. Kat pejabat pun ramai yang cuti. Tu yang tak kisah bawak anak. Hehehe...


 Ni waktu pagi.


Lepas lunch.

Tu jer nak citer

36 weeks already.

Alhamdulillah.. 


Dah masuk minggu ke 36 dah kandungan aku.. Bersyukur dan sangat hepi sebab semua ok walaupun pernah jatuh 2 kali. hehehe... 

Teruja kot sebab anak 1st dah 3 tahun.

Minggu depan aku dah last keje. Tak sabar dah nak balik kampung, rehat2. Tapi kalau terbersalin awal sebelum balik kampung pun terima jer lah.

So ni la gambar aku masa kandungan 35 minggu. Gambar minggu lepas la ni. Gambar minggu ni takde... Hehehe...


Gemuk kan...



Aku dan Batrisyia



Friday 14 September 2012

Jemu Tak?

Assalamualaikum..

Korang jemu tak masuk blog ni? Mesti jemu kan sebab tak berupdate tersangat lah lamaaaaaaaa.....
Banyak citer yang nak dikongsi kat sini tapi sebab tuan punya tak berapa nak rajin. Klau gi mana2 mesti amik gambar nak masuk kat blog, alih2 tak update jugak..

hari ni teruja nak upadate sebab tengok follower dah bertambah jadi 3..hehehe.. Blogger glamer plak tu.. Thanks kak eynda.. :) sebab sudi jadi follower kat blog saya ni.. mungkin sebab saya tinggal jejak kat blog akak kot sebelum ni.

Sekian untuk hari ni. Bye. 

Tuesday 26 June 2012

Ada orang tak ni...

Assalamualaikum..

Waahhh.. lamanye blog tak update.. Klau rumah ni agaknya dah penuh sawang.. Hehehe.. Dah 2 bulan kot blog ni tak berupdate..Walaupun tak berupdate, tapi blog walking tetap blog walking tau.. Bab blog walking agak rajin... Seronok baca blog2 orang. Tapi sekadar silent reader jer lah.. 

Ni nak bagitau kat korang, blog ni masih ada cuma tuan dia agak malas untuk menulis.. Cam tak tau nak tulis apa la. Mungkin sebab pregnant kot.. Hahahaha..Padahal nak bagitau aku pregnant..  Mungkin lepas2 ni aku akan rajin updet blog.. Walaupun ada 2 org je follower kat blog ni.. 

ok, tu jer... Bye.

Tuesday 3 April 2012

Dinner @ Dave Deli Queensbay

Lepas balik keje semalam, saje jer cakap kat husband rasa cam nak makan kat Dave Deli jer.. Sebabnya hari jumaat lepas kitaorang pergi nak makan kat situ, tapi yang kitaorang nak makan tu dah habis. So, semalam ngada2 ajak husband pergi Queensbay semata-mata nak makan kat Dave Deli. Hahahaha... Saje jer nak ngepau husband. Ni la yang kita order malam tadi...

Tadaaaa......Sila jamu mata anda. hehehehe...



For Me.

For Little Girl. Tapi budak tu tak makan sikit pun. Yang dia makan kentang lenyek dalam pinggan mama dia jer. Sup ni papa dia yang makan.

For Him.


For Us.

For Him.


Makan kat sini ok la. Sape2 yang tak pernah rasa, boleh rasa. Kitaorang pun first time makan kat sini tau.

Monday 2 April 2012

TAK PUAS..

Tak puas hati sebenarnya. Apsal la tempat saya ni takleh nak bukak sesetengah blog, klau boleh pun mesti done with error.. Memang agak menyakitkan hati la jugak. Time2 takde keje tu nak berblog walking la jugak kan. Tapi tak bolehhhh... Eeeeee... Geram. Tempat orang lain elok jer. Blog sendiri pun sama. Nyampah tauu... Nak kena panggil org it ni.. hehehehe.. Blog punya pasal. Time2 bos takde ni leh la ngade2 nak berblog.. Time bos ada pun boleh jugak, janji keje siap.. kan???

Wednesday 28 March 2012

BACA BLOG ORANG


Hari-hari keje saya asyik baca blog orang, tapi blog sendiri tak berupdet..hohohoho.. Ni kira updet la ni. Ada la jugak citer secoit ni kan..?? Aci tak??? lalalala... Ok lah. Bye. Wink

Wednesday 14 March 2012

JOM BERKEBUN

Sekarang saya dah ada hobi baru tau.. Sebab dah duduk kat rumah sendiri, saya nak tanam pokok2 yang kita guna hari2 dalam masakan. Senang la kan nanti kalau nak guna sikit2 boleh terus amik dari laman rumah jer..

Buat permulaan, saya tanam pokok kunyit, lengkuas dan pandan. Semua ni, ambik masa balik kg minggu lepas. Saya tanam dalam pasu jer. Nanti slow2 nak tanam pokok2 lain plak. Serai, cili, limau purut, sayur2... Waaahhh..seronoknya.. Hehehe.. 

Kat belakang rumah ada tanah sikit, kat situ saya nak tanam pokok kelapa pandan. Pokok dah beli, tapi belum boleh tanam lagi sebab takde cangkul. Hahaha.. Minggu ni nak kena beli cangkul nih.


Kat sini saya letak gambar pokok2 yg saya tanam tu..  Gambar ni saya amik lepas saya tanam.

Ni pokok kunyit.



Pokok lengkuas.


Pokok pandan.


 Deretan pokok2 kat depan sliding door rumah.

Pokok kelapa ni tunggu masa nak tanam. Takat hari ni masih tersadai kat tepi dinding. hahaha...

Semua bancuhan untuk tanam pokok tu, saya main campur jer. Saya beli tanah tani 2 pack, tanah yg dah bercampur sabut 1 pack dan sabut 1 pack. Saya campur semua tu kat dalam pasu, baru letak pokok. Letak baja sikit lepas tu siram. Harap2 semua yang saya tanam tu hidup la. Weekend ni nak ajak suamiku g nursery. Nak usha apa yang patut.. hohohoho.. Sangat excited.

MASAK-MASAK = GEMUK

Assalamualaikum.

Semenjak balik dari kampung ahad lepas, saya rajin plak masak, sebab dah kena complain. Hari2 balik dari keje, saya akan masak. Bila dah masak untuk husband dan anak, secara automatiknya saya akan makan jugak. So, secara tidak sengaja badan pun akan naik.. Dah lama kot tak timbang. Rasanya ada cecah 70kg ni. Kalah berat time ngandung dulu.

Saya dah decide setiap pagi/ptg hari minggu, kitaorang nak gi joging sekitar taman. Atleast ada gak exercise sket2 kannn.... Tapi belum mula lagi la. Insyaallah hujung minggu ni kitaorang akan start. Harap2 jgn la malas..hehehe...

Doa2 kanlah supaya saya rajin untuk exercise yer..hehehe.. Nak jugak kembali ke berat asal dulu. huhuhu...

Wednesday 7 March 2012

SOFA KECIK

Assalamualaikum.

Saje nak tayang sofa kecik yang dah laaaaaaaaaaaama sangat order, tapi baru suruh hantar minggu lepas. Sebab taknak suruh hantar kat rumah lama, nanti kotor plak time pindah. Hehehe.. So ni la sofanya.

Comey tak?

Suke dpt sofa kecik.

Ngam2 untuk dia jer.



Thursday 1 March 2012

CHARGER HILANG

Ni la kesan dari pindah umah.. Charger hp masih tak jumpa2 pun lagi. Tak tau selit kat ner.. Seingat saya, pagi ahad tu, bangun jer dari tido, terus saya ambik charger kat plug. Kejadian lepas dari ambik charger tu memang terus blank. Tak tau lepas ambik tu letak kat ner. Nasib baik usb cable ada dlm handbag. Memang hari2 sampai ofis cucuk kat pc utk charge.  Kira ok la tu kan. Tu jer la nak citer. BYE..

Tuesday 28 February 2012

PEN DAN SOFA

Ni citer malam tadi... Untuk pengetahuan, saya dah pindah rumah dah hari ahad lepas.. Tak sempat nak citer lagi sebab penat blum habis lagi. Rumah pun masih bersepah-sepah macam tongkang pecah. Balik keje kemas sket2 yang termampu dulu..

OOpss.. kat sini nak citer pasal sofa baru.. Tahun lepas lagi beli sofa ni tapi hari sabtu lepas baru delivery.. Sofa kulit color putih you... Malam tadi budak kecik tu dapat pen dari papa dia, dannnn....oohhhh tidakk.. sofa ku telah diconteng. Mungkin dia tak sengaja kot, sebab time tu dia pegang kertas. Mungkin masa dok tulis2 kat kertas tu terlebih conteng sampai sofa.. Masa saya tengok tu automatik suara cam halilintar.. Apa lagi, nangis la budak kecik tu.. Tapi yang peliknya, saya marah kat dia, still dia nak datang kat saya... And say sorry and kiss2 and hug :) hahahaha.. Lepas tu saya dah cool down dan buat2 tak nampak jer lah kesan pen kat sofa tu..

Ni buktinya yer...

Ni la tempat yang kena conteng tu.. Kat tempat terang lagi bersuluh..

Zoom sket bagi clear...
Hambik kau.. saper suruh beli sofa putih.. Sape ada cara tanggalkan kesan pen cam ni eh?? Hehehehe...

p/s: cara untuk hilangkan kesan pen kat sofa putih dengan menggunakan marker putih. Conteng kat tempat sama yang kena conteng sebelum tu. Saya dapat info ni dari blog mana ntah. Lupa sudah. Hihihi...

Monday 20 February 2012

CUCI-CUCI RUMAH

Assalamualaikum..

Pagi semalam, saya ke rumah baru untuk ops cuci. Plan nak cuci rumah hari sabtu, tapi tak jadi sebab masih ada orang buat keje lagi. Hari khamis lepas ada call contractor yg buat renovation, katanya hari khamis siap keje. Alih2 pergi hari sabtu tu diorang dok pasang grill dan touch2 up grill. Sakit hati jugak. Ada sorang worker tu, siap pasang aircond ngan kipas skali dok ngecat grill.. Aduhh.. Tak bleh tahan. Nasib baik dia dah berumur. Klau muda lagi saya off jer aircond tu. Agak2 la kan. Pasang salah satu dah la. Ni dua2 dia pasang. So, hari sabtu tu, saya cuma ambil ukuran untuk beli railing langsir jer lah. Plug untuk dapur dengan oven pun diaorang tak pasang lagi. Plug kat kabinet tv punnnn tak pasang lagi. Hari isnin (hari ni la) baru nak pasang. Dulu janji minggu ke dua Februari dah boleh siap, tapi ni dah masuk minggu ke 4 dah. Nasib badan...

Disebabkan rumah dah cuci, so malam tadi dah sms bagitau kat contractor tu suruh pekerja dia bukak kasut sebelum masuk rumah.. Hehehe.. Pesanan tuan rumah. Taknak la nanti nak pindah hujung minggu ni rumah kotor balik.

Berbalik pada citer ops cuci saya tadi..Pergi2 hari ahad tu, saya bancuh acid pencuci tile dgn air, pastu mop satu rumah. Saya guna acid ni sebab nak bagi senang tanggal kesan2 cat yg bersepah2 tu. Dah habis mop semua, naik tingkat paling atas, sembur rumah guna paip getah. Air cam air terjun turun tangga. Hehehe.. Setiap tingkat saya buat. Cuma yang tingkat bawah sental banyak la. Macam nak patah pinggang ni rasanya. Dah basuh semua baru la gi sental kat bilik air pulak. Tu lagi la nak kena sental. Orang2 yang buat kerja bukan tau jaga kebersihan. Kat lubang toilet penuh dengan puntung rokok. Pastu guna tak reti nak flush. kotor...eh, tak pasal2 membebel kat sini kan... ekekeke.. So hari ahad lepas memang satu hari buat kerja. Rasa cam turun 10kg. Hahaha.. Tapi memang penat sangat dan sakit badan teramat sangat. Sampai tak lena tido.. Asyik jaga jer. Pastu nak lena balik punya la susah. Kul 4 lebih tertido, pastu malas nak bangun. Akhirnya lambat la datang ofis hari ni. Gitula kesudahan citer ni. Gambar takde sebab bz buat ops cuci. Tak sempat nak pegang hp pun.

Tuesday 14 February 2012

CHARLIE @ ROVE BEETLE

Hangpa tau dak apa benda charlie @ rove beetle tu?? Meh nak habaq kat hangpa.. Kumbang ni agak bahaya jugak, sebabnya semua bahagian charlie ni poison kecuali sayap. So, kalau charlie ni saje2 hinggap kat kulit kita ni, memang naya la.

Baru2 ni anak saya si batrisyia tu kena attacked ngan charlie ni. Kena kat mana tu, tak pasti la pulak. Sama ada taska atau kat umah. Satu hari tu, bila balik dari taska, dia bagitau sakit kat bahu dia. Tengok2 merah cam infection. Gelabah la jugak.. Esoknya bawak g klinik kesihatan. Bila jumpa doktor tu, dia kata ni kena charlie. Haah?? Charlie? Sejenis serangga yang bernama charlie rupanya. Doktor bagi creme sapu untuk letak kat tempat yg sakit tu lah. Lepas tu hantar batrisyia cam biasa dan pesan kat cikgu2 taska jangan bagi mandi petang tu, takut dia sakit. Balik rumah petang tu baru saya mandikan dia. Dan hari tu saya masuk ofis dekat2 kul 12 dah. Sampai2 ofis terus cari info pasal si charlie ni. Nak jugak kenal camner rupa si charlie kan..

(gambar sumber dari google)
Ni la rupa charlie tu.. Beware la kalau jumpa serangga ni. Jangan nak sentuh2...


Ni la tempat yang kena tu. Hari pertama kena.


Ni selepas 3 hari. Dah ok sket, tapi batrisyia masih fobia. Dia tak bagi sentuh. Tapi masa mandikan dia, ok jer.. Tak perasan orang sentuh kat tempat kena tu. Sibuk main air. Ekekeke.. Masa nak pakai baju jer cakap sakit.

So, uols kat luar sana.. beware of this charlie insect.

Wednesday 8 February 2012

LAMPU DAN KIPAS RUMAH BARU

Masa cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam hari tu, saya gi jenguk rumah baru. Nak tengok progress takat mana dah siap. Lampu-lampu dengan kipas semua dah pasang. Lampu2 yang takde lagi pun saya dah beli dan dah suruh diorang pasang hari tu jugak. Hehehe.. Kat sini saya akan letak gambar2 yang sempat saya ambik dengan harga sekali untuk rujukan sape2 yang nak tau, tapi tak semua la.

Ni chandelier kat ruang tamu.
Harga 1 chandelier RM700.
Kipas DEKA RM395.

Kipas Alpha Vannus ni beli kat kedai yg 1st harga RM330 kat Jalan Dato' Keramat. Beli kat kedai di Juru RM250. Banyak tak beza? Banyak kan??

Ni time dia kuncup.

Lampu kat break1st table ni RM238. Sebenarnya saya tak suka org yg pasang buat bertingkat camni. Saya lebih suka sama level jer. Tapi dia dah pasang dah time saya pegi tu.

Ni lampu kat area tangga rumah. Harga RM110.

Yang ni letak kat balcony master bedroom. Harga RM49 tak termasuk bulb energy saving. Murah tak? Bagi saya memang murah, sebab tu saya beli. Bulb RM6.80 each. So darab la dengan 5 yer.


Kalau on kan switch camni la jadinya.

Yang ni lampu kat balcony bedroom tingkat 3. Harga RM18 tak termasuk bulb energy saving. Bulb RM6.80. Murah gak.

Gambar lampu gate lupa nak ambik.

Untuk pengetahuan uols jugak, harga downlight (boleh tengok gambar pertama or kedua klau tak perasan tadi) RM3.50 jer untuk casing tu. Bulb energy saving RM7.50 satu.



Perhatian! Gambar2 kat bawah ni takde kena mengena dengan tajuk di atas yer. Harap maklum. Tapi nak jugak masukkan kat sini sebab pasal rumah baru jugak. Hehehe..

Ni view belakang rumah baru nanti. Boleh bercucuk tanam nanti kat sini.

Dengan happy budak ni berbasikal kat jalan belakang.

Dua2 happy. *Wink*

Lagi gambar happy.

Ok. Dah habis citer dah. Bye.

Wednesday 1 February 2012

SuPer CanTik



Perasan tak reading list yang selalu saya jenguk? Antara yang kat reading list  tu ialah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
(letak * byk2, nampak pjg sket.. ekekeke...)

 Blog My Amethyst. Suka tengok shea. Baju2 yang dia pakai kena jer ngan dia. Gambar2 pun cantik2.

Fatin Liyana  pun sama. Super cantik fatin ni, cerdik plak tu..

Adriani pun comel gak. Time preggy pun cantik.


Banyak lagi blog2 pasal fesyen2 ni. Tapi yang selalu tengok yang diorang ni lah.

Rasa macam nak jugak citer pasal pakaian yang dipakai time keje ke, jln2 ke.. tapi rasa biasa je baju2 yang dipakai ni.
Hehehehe..Ada hati jugak nak buat cam diaorang.. Well, kita tengok jer lah nanti yer..

Bye...







Monday 30 January 2012

MaSa unTuK Servis KeRetA

Patutnya dah lama gilerrrr due untuk pergi servis kete, tapi hari sabtu (28/1/2012) baru la terhegeh2 nak g servis. Tu pun sebab tayar kete ada masalah jugak. Bila isi angin, 2 hari lepas tu akan kurang balik. Kalau bukan sebab tayar kete, bercinta sket nak ke workshop. Apa punya malas daaaa..

 Dah siap servis kete, suruh la mekanik tu periksa tayar, ada cam benjol kat tayar tu. Apa lagi, kena tukar la.. Aduss. habis RM$$$ melayang. Bila dia bukak tayar, kat dalam tu dah terkoyak. Memang bahaya, kot2 tengah2 drive tayar meletuppp.. mintak jauh la benda2 camtu kan..takuuutttt.. 


Bila pergi time2 raya cina ni, tokey kedai tu ada la bagi angpau kat dak kecik tu.. Dapat la RM5. hehehe.. rezeki jgn ditolak. Jom la layan gambar. Seperti biasa, gambar diambik guna hp galaxy SII tanpa di edit.

Kete sedang di servis..

 Check jgn tak check yer En. Mekanik.


Dak kecik tayang angpau.



Papa pun nak jugak bergambar... hehehehe..




Dan sudah semestinya kena letak sekali puan blog ni yang sedang sabar menunggu kete diservis... ekekeke.. sila abaikan jerawat yg besar kat dahi tu..


Bye.


Tuesday 17 January 2012

LuNcH @ PrAnGiN MaLL

Hari Jumaat baru2 ni.. saya dan kawan2 ofis g makan kat restoran kat Prangin Mall. Nama apa ntah restoran tu, hehehe kurang alert bab2 tu. Waktu lunch hari jumaat kan panjaaaanggg... 12.15 - 2.45 petang, so sempat la berlama2 kat situ..

Makanan kat situ sedap dan murah..

Saya order ikan dori mentega dengan sos badam.. Rasanya betul kot nama makanan tu..


Ni la ikan dori yang saya order tu.. Sedaapp. Kenyang sangat2 makan ni.



Ni plak chicken chop yg kawan saya order... Besarr kot ayamm dia.. Sedap gak.

Yang lain2 tak amik pulak gambarnye... Tapi memang sedap2 semua lah.. Kitaorang amik meal set. Appertizer mushroom soup, main course pastu desert. Memang berbaloi la. Harga RM19.90 jerrr..
 Murah kannn......

JoM MeNgeCaT RuMaH

Hari Sabtu dan Ahad yg dah berapa kali lepas, saya+husband+anak telah berusaha keras mengecat rumah baru kami. Hehehe.. suami jer kot yg lebih mengecat. Tapi memang habis sakit2 badan weii.. Tapi seronok gak mengecat ni, tambah2 rumah sendiri. Dari pagi sampaiii petang dok sana... Cat color putih jer utk rumah ni. Tak tau nak cat color apa selain putih.. hehehe..  meh kite layan gambar yg tak seberapa ni..




Encik suami ku yang tercinta dok mengecat syiling rumah..


Kat sini saya mop bersih2 untuk lepak2 dan solat. Hehehe... Bersepah2.. Time ni belum install hood lagi. KC ni belum siap sepenuhnya.. Top takde lagi. Top saya pilih Quartz Stone color hitam. Yg pintu2 tu glass dan sticker putih kat dlmnya..


Budak kecik tu tengah tunggu nak g mandi. Mama sibuk amik gambar.


Hood sudah pasang minggu lepas.. tapi takleh nak test lagi..


Ni oven saya... yeeeaa.. seronok..dah dok umah baru nanti boleh la bake macam2.. rumah sekarang takde oven.




ok lah.. dah habis gambar dah..

Tuesday 3 January 2012

SeLaMat TaHun BaRu 2012


1st entry di tahun baru. Dah masuk hari ketiga dah utk tahun 2012 ni.. Saya baru terhegeh2 nak wish Selamat Tahun baru.. Hehehe.. Biasa la tu, saya kan sentiasa lambat nak updet citer2 ni. Maklumla bukan blogger tegar, setakat mengisi masa yang terluang.

Dan utk tahun baru ni, saya tengok blog saya bertambah 1 follower. Tq yer si gebu sebab jadi follower saya.. Sangat teruja bila tengok penambahan follower.. Saya pun tak pasti bila si gebu jadi follower kat blog saya sebab saya tak selalu check blog. Apapun terima kasih byk2 kat si gebu.. hehehe.. terlebih excited ke saya ni?? hahahaha..

Ok lah, itu jer utk permulaan tahun.. moga tahun ni saya akan rajin update blog saya ni.. Bye..