Sekarang saya dah ada hobi baru tau.. Sebab dah duduk kat rumah sendiri, saya nak tanam pokok2 yang kita guna hari2 dalam masakan. Senang la kan nanti kalau nak guna sikit2 boleh terus amik dari laman rumah jer..
Buat permulaan, saya tanam pokok kunyit, lengkuas dan pandan. Semua ni, ambik masa balik kg minggu lepas. Saya tanam dalam pasu jer. Nanti slow2 nak tanam pokok2 lain plak. Serai, cili, limau purut, sayur2... Waaahhh..seronoknya.. Hehehe..
Kat belakang rumah ada tanah sikit, kat situ saya nak tanam pokok kelapa pandan. Pokok dah beli, tapi belum boleh tanam lagi sebab takde cangkul. Hahaha.. Minggu ni nak kena beli cangkul nih.
Kat sini saya letak gambar pokok2 yg saya tanam tu.. Gambar ni saya amik lepas saya tanam.
Ni pokok kunyit.
Pokok lengkuas.
Pokok pandan.
Deretan pokok2 kat depan sliding door rumah.
Pokok kelapa ni tunggu masa nak tanam. Takat hari ni masih tersadai kat tepi dinding. hahaha...
Semua bancuhan untuk tanam pokok tu, saya main campur jer. Saya beli tanah tani 2 pack, tanah yg dah bercampur sabut 1 pack dan sabut 1 pack. Saya campur semua tu kat dalam pasu, baru letak pokok. Letak baja sikit lepas tu siram. Harap2 semua yang saya tanam tu hidup la. Weekend ni nak ajak suamiku g nursery. Nak usha apa yang patut.. hohohoho.. Sangat excited.
beshhnye....senang nak masak nanti...takyah beli dh...
ReplyDeleteBest.. tapi belum rasa hasil lg.
ReplyDelete