Tuesday, 3 April 2012

Dinner @ Dave Deli Queensbay

Lepas balik keje semalam, saje jer cakap kat husband rasa cam nak makan kat Dave Deli jer.. Sebabnya hari jumaat lepas kitaorang pergi nak makan kat situ, tapi yang kitaorang nak makan tu dah habis. So, semalam ngada2 ajak husband pergi Queensbay semata-mata nak makan kat Dave Deli. Hahahaha... Saje jer nak ngepau husband. Ni la yang kita order malam tadi...

Tadaaaa......Sila jamu mata anda. hehehehe...



For Me.

For Little Girl. Tapi budak tu tak makan sikit pun. Yang dia makan kentang lenyek dalam pinggan mama dia jer. Sup ni papa dia yang makan.

For Him.


For Us.

For Him.


Makan kat sini ok la. Sape2 yang tak pernah rasa, boleh rasa. Kitaorang pun first time makan kat sini tau.

Monday, 2 April 2012

TAK PUAS..

Tak puas hati sebenarnya. Apsal la tempat saya ni takleh nak bukak sesetengah blog, klau boleh pun mesti done with error.. Memang agak menyakitkan hati la jugak. Time2 takde keje tu nak berblog walking la jugak kan. Tapi tak bolehhhh... Eeeeee... Geram. Tempat orang lain elok jer. Blog sendiri pun sama. Nyampah tauu... Nak kena panggil org it ni.. hehehehe.. Blog punya pasal. Time2 bos takde ni leh la ngade2 nak berblog.. Time bos ada pun boleh jugak, janji keje siap.. kan???

Wednesday, 28 March 2012

BACA BLOG ORANG


Hari-hari keje saya asyik baca blog orang, tapi blog sendiri tak berupdet..hohohoho.. Ni kira updet la ni. Ada la jugak citer secoit ni kan..?? Aci tak??? lalalala... Ok lah. Bye. Wink

Wednesday, 14 March 2012

JOM BERKEBUN

Sekarang saya dah ada hobi baru tau.. Sebab dah duduk kat rumah sendiri, saya nak tanam pokok2 yang kita guna hari2 dalam masakan. Senang la kan nanti kalau nak guna sikit2 boleh terus amik dari laman rumah jer..

Buat permulaan, saya tanam pokok kunyit, lengkuas dan pandan. Semua ni, ambik masa balik kg minggu lepas. Saya tanam dalam pasu jer. Nanti slow2 nak tanam pokok2 lain plak. Serai, cili, limau purut, sayur2... Waaahhh..seronoknya.. Hehehe.. 

Kat belakang rumah ada tanah sikit, kat situ saya nak tanam pokok kelapa pandan. Pokok dah beli, tapi belum boleh tanam lagi sebab takde cangkul. Hahaha.. Minggu ni nak kena beli cangkul nih.


Kat sini saya letak gambar pokok2 yg saya tanam tu..  Gambar ni saya amik lepas saya tanam.

Ni pokok kunyit.



Pokok lengkuas.


Pokok pandan.


 Deretan pokok2 kat depan sliding door rumah.

Pokok kelapa ni tunggu masa nak tanam. Takat hari ni masih tersadai kat tepi dinding. hahaha...

Semua bancuhan untuk tanam pokok tu, saya main campur jer. Saya beli tanah tani 2 pack, tanah yg dah bercampur sabut 1 pack dan sabut 1 pack. Saya campur semua tu kat dalam pasu, baru letak pokok. Letak baja sikit lepas tu siram. Harap2 semua yang saya tanam tu hidup la. Weekend ni nak ajak suamiku g nursery. Nak usha apa yang patut.. hohohoho.. Sangat excited.

MASAK-MASAK = GEMUK

Assalamualaikum.

Semenjak balik dari kampung ahad lepas, saya rajin plak masak, sebab dah kena complain. Hari2 balik dari keje, saya akan masak. Bila dah masak untuk husband dan anak, secara automatiknya saya akan makan jugak. So, secara tidak sengaja badan pun akan naik.. Dah lama kot tak timbang. Rasanya ada cecah 70kg ni. Kalah berat time ngandung dulu.

Saya dah decide setiap pagi/ptg hari minggu, kitaorang nak gi joging sekitar taman. Atleast ada gak exercise sket2 kannn.... Tapi belum mula lagi la. Insyaallah hujung minggu ni kitaorang akan start. Harap2 jgn la malas..hehehe...

Doa2 kanlah supaya saya rajin untuk exercise yer..hehehe.. Nak jugak kembali ke berat asal dulu. huhuhu...

Wednesday, 7 March 2012

SOFA KECIK

Assalamualaikum.

Saje nak tayang sofa kecik yang dah laaaaaaaaaaaama sangat order, tapi baru suruh hantar minggu lepas. Sebab taknak suruh hantar kat rumah lama, nanti kotor plak time pindah. Hehehe.. So ni la sofanya.

Comey tak?

Suke dpt sofa kecik.

Ngam2 untuk dia jer.



Thursday, 1 March 2012

CHARGER HILANG

Ni la kesan dari pindah umah.. Charger hp masih tak jumpa2 pun lagi. Tak tau selit kat ner.. Seingat saya, pagi ahad tu, bangun jer dari tido, terus saya ambik charger kat plug. Kejadian lepas dari ambik charger tu memang terus blank. Tak tau lepas ambik tu letak kat ner. Nasib baik usb cable ada dlm handbag. Memang hari2 sampai ofis cucuk kat pc utk charge.  Kira ok la tu kan. Tu jer la nak citer. BYE..