Thursday, 31 October 2013

Tuaian Pertama

Assalamualaikum..




Hasil dari kebun kecik kat belakang rumah ni, dapatlah tuai kacang botol hari ahad lepas.
Seronok sangat rasanya bila dapat hasil dari kebun sendiri walaupun mak yang tanam pokok tu.. hikhik..

Tinggal kat rumah teres ni tanah takde.. Nasib ada sikit tanah kat belakang tu. Boleh la bercucuk tanam. Banyak juga pokok yang tanam dalam pasu jer. Tak cukup tanah katanya nak tanam kat belakang semua.



Pokok yg merimbun.



Suasana kebun kecik waktu pagi.

Ni pokok-pokok yg ditanam kat belakang rumah, ada pokok kelapa, serai, ubi kayu, betik dan yang kat tengah-tengah tu pokok mangga. Aku ni baru nak belajar tanam pokok. Setakat ni boleh la... Baru nak berjinak-jinak. Ok lah. Bye. 

Ohye, satu pencapaian aku berjaya update blog dah 2 kali bulan ni.. Hikhikhik...




Wednesday, 23 October 2013

KUFI ART

Assalamualaikum.. 

Ehh, tetiba ada citer kat blog ni kan..Lamanya nak ada citer baru. Ini lah blogger hangat-hangat taik ayam namanya. Ni nak citer pasal Kufi Art yang aku tempah kat Creative By Two. Yang aku tempah untuk rumah aku tu material kanvas. Memang aku puas hati. Ni aku letak gambar dinding rumah setelah digantung kufi kanvas yg aku beli tu.



Cantik tak kufi Kak Tonnn... Hehehe.. Nak jugak guna nama Kak Ton. Oklah, tu jer nak citer. Dah lama tak up entry kat blog tetiba update pasal kufi. Sape-sape yang nak tempah boleh la jenguk blog Creative By Two. Bye.

Thursday, 21 February 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Assalamualaikum..


Eh, macam tak kena jer nak buat entry pertama 2013 di hujung bulan Februari.. Hehehe.. Dahla lama takde citer baru kat blog ni. 



Untuk pengetahuan uol, i baru jer start keje 18 Februari 2013 setelah bercuti selama 3 bulan. Baby girl jugak tau.. So dua2 girls la anak i.  Ceh.. ber 'i' la pulak di tahun baru nih.. Ekekeke...



Gambar baby nanti citer lain entry yer. Ni nak warm up jer dulu..



Bye.


Tuesday, 30 October 2012

Taska Cuti La Pulak...

Assalamualaikum.

Ni citer sebelum raya haji minggu lepas. Hari rabu pergi jemput Batrisyia cam biasa la kat taska, sekali cikgu bagitau esok taska cuti. Maknanya sehari sebelum hari raya tu taska tutup. Aku plak memang tak ambik cuti.. Biasanya diaorang akan maklum awal2, tapi kali ni tak maklum plak. Aku tak kisah pun.. Esoknya aku bawak jer Batrisyia datang ofis. Bos aku pun cuti. Kat pejabat pun ramai yang cuti. Tu yang tak kisah bawak anak. Hehehe...


 Ni waktu pagi.


Lepas lunch.

Tu jer nak citer

36 weeks already.

Alhamdulillah.. 


Dah masuk minggu ke 36 dah kandungan aku.. Bersyukur dan sangat hepi sebab semua ok walaupun pernah jatuh 2 kali. hehehe... 

Teruja kot sebab anak 1st dah 3 tahun.

Minggu depan aku dah last keje. Tak sabar dah nak balik kampung, rehat2. Tapi kalau terbersalin awal sebelum balik kampung pun terima jer lah.

So ni la gambar aku masa kandungan 35 minggu. Gambar minggu lepas la ni. Gambar minggu ni takde... Hehehe...


Gemuk kan...



Aku dan Batrisyia



Friday, 14 September 2012

Jemu Tak?

Assalamualaikum..

Korang jemu tak masuk blog ni? Mesti jemu kan sebab tak berupdate tersangat lah lamaaaaaaaa.....
Banyak citer yang nak dikongsi kat sini tapi sebab tuan punya tak berapa nak rajin. Klau gi mana2 mesti amik gambar nak masuk kat blog, alih2 tak update jugak..

hari ni teruja nak upadate sebab tengok follower dah bertambah jadi 3..hehehe.. Blogger glamer plak tu.. Thanks kak eynda.. :) sebab sudi jadi follower kat blog saya ni.. mungkin sebab saya tinggal jejak kat blog akak kot sebelum ni.

Sekian untuk hari ni. Bye. 

Tuesday, 26 June 2012

Ada orang tak ni...

Assalamualaikum..

Waahhh.. lamanye blog tak update.. Klau rumah ni agaknya dah penuh sawang.. Hehehe.. Dah 2 bulan kot blog ni tak berupdate..Walaupun tak berupdate, tapi blog walking tetap blog walking tau.. Bab blog walking agak rajin... Seronok baca blog2 orang. Tapi sekadar silent reader jer lah.. 

Ni nak bagitau kat korang, blog ni masih ada cuma tuan dia agak malas untuk menulis.. Cam tak tau nak tulis apa la. Mungkin sebab pregnant kot.. Hahahaha..Padahal nak bagitau aku pregnant..  Mungkin lepas2 ni aku akan rajin updet blog.. Walaupun ada 2 org je follower kat blog ni.. 

ok, tu jer... Bye.