Tuesday, 28 February 2012

PEN DAN SOFA

Ni citer malam tadi... Untuk pengetahuan, saya dah pindah rumah dah hari ahad lepas.. Tak sempat nak citer lagi sebab penat blum habis lagi. Rumah pun masih bersepah-sepah macam tongkang pecah. Balik keje kemas sket2 yang termampu dulu..

OOpss.. kat sini nak citer pasal sofa baru.. Tahun lepas lagi beli sofa ni tapi hari sabtu lepas baru delivery.. Sofa kulit color putih you... Malam tadi budak kecik tu dapat pen dari papa dia, dannnn....oohhhh tidakk.. sofa ku telah diconteng. Mungkin dia tak sengaja kot, sebab time tu dia pegang kertas. Mungkin masa dok tulis2 kat kertas tu terlebih conteng sampai sofa.. Masa saya tengok tu automatik suara cam halilintar.. Apa lagi, nangis la budak kecik tu.. Tapi yang peliknya, saya marah kat dia, still dia nak datang kat saya... And say sorry and kiss2 and hug :) hahahaha.. Lepas tu saya dah cool down dan buat2 tak nampak jer lah kesan pen kat sofa tu..

Ni buktinya yer...

Ni la tempat yang kena conteng tu.. Kat tempat terang lagi bersuluh..

Zoom sket bagi clear...
Hambik kau.. saper suruh beli sofa putih.. Sape ada cara tanggalkan kesan pen cam ni eh?? Hehehehe...

p/s: cara untuk hilangkan kesan pen kat sofa putih dengan menggunakan marker putih. Conteng kat tempat sama yang kena conteng sebelum tu. Saya dapat info ni dari blog mana ntah. Lupa sudah. Hihihi...

Monday, 20 February 2012

CUCI-CUCI RUMAH

Assalamualaikum..

Pagi semalam, saya ke rumah baru untuk ops cuci. Plan nak cuci rumah hari sabtu, tapi tak jadi sebab masih ada orang buat keje lagi. Hari khamis lepas ada call contractor yg buat renovation, katanya hari khamis siap keje. Alih2 pergi hari sabtu tu diorang dok pasang grill dan touch2 up grill. Sakit hati jugak. Ada sorang worker tu, siap pasang aircond ngan kipas skali dok ngecat grill.. Aduhh.. Tak bleh tahan. Nasib baik dia dah berumur. Klau muda lagi saya off jer aircond tu. Agak2 la kan. Pasang salah satu dah la. Ni dua2 dia pasang. So, hari sabtu tu, saya cuma ambil ukuran untuk beli railing langsir jer lah. Plug untuk dapur dengan oven pun diaorang tak pasang lagi. Plug kat kabinet tv punnnn tak pasang lagi. Hari isnin (hari ni la) baru nak pasang. Dulu janji minggu ke dua Februari dah boleh siap, tapi ni dah masuk minggu ke 4 dah. Nasib badan...

Disebabkan rumah dah cuci, so malam tadi dah sms bagitau kat contractor tu suruh pekerja dia bukak kasut sebelum masuk rumah.. Hehehe.. Pesanan tuan rumah. Taknak la nanti nak pindah hujung minggu ni rumah kotor balik.

Berbalik pada citer ops cuci saya tadi..Pergi2 hari ahad tu, saya bancuh acid pencuci tile dgn air, pastu mop satu rumah. Saya guna acid ni sebab nak bagi senang tanggal kesan2 cat yg bersepah2 tu. Dah habis mop semua, naik tingkat paling atas, sembur rumah guna paip getah. Air cam air terjun turun tangga. Hehehe.. Setiap tingkat saya buat. Cuma yang tingkat bawah sental banyak la. Macam nak patah pinggang ni rasanya. Dah basuh semua baru la gi sental kat bilik air pulak. Tu lagi la nak kena sental. Orang2 yang buat kerja bukan tau jaga kebersihan. Kat lubang toilet penuh dengan puntung rokok. Pastu guna tak reti nak flush. kotor...eh, tak pasal2 membebel kat sini kan... ekekeke.. So hari ahad lepas memang satu hari buat kerja. Rasa cam turun 10kg. Hahaha.. Tapi memang penat sangat dan sakit badan teramat sangat. Sampai tak lena tido.. Asyik jaga jer. Pastu nak lena balik punya la susah. Kul 4 lebih tertido, pastu malas nak bangun. Akhirnya lambat la datang ofis hari ni. Gitula kesudahan citer ni. Gambar takde sebab bz buat ops cuci. Tak sempat nak pegang hp pun.

Tuesday, 14 February 2012

CHARLIE @ ROVE BEETLE

Hangpa tau dak apa benda charlie @ rove beetle tu?? Meh nak habaq kat hangpa.. Kumbang ni agak bahaya jugak, sebabnya semua bahagian charlie ni poison kecuali sayap. So, kalau charlie ni saje2 hinggap kat kulit kita ni, memang naya la.

Baru2 ni anak saya si batrisyia tu kena attacked ngan charlie ni. Kena kat mana tu, tak pasti la pulak. Sama ada taska atau kat umah. Satu hari tu, bila balik dari taska, dia bagitau sakit kat bahu dia. Tengok2 merah cam infection. Gelabah la jugak.. Esoknya bawak g klinik kesihatan. Bila jumpa doktor tu, dia kata ni kena charlie. Haah?? Charlie? Sejenis serangga yang bernama charlie rupanya. Doktor bagi creme sapu untuk letak kat tempat yg sakit tu lah. Lepas tu hantar batrisyia cam biasa dan pesan kat cikgu2 taska jangan bagi mandi petang tu, takut dia sakit. Balik rumah petang tu baru saya mandikan dia. Dan hari tu saya masuk ofis dekat2 kul 12 dah. Sampai2 ofis terus cari info pasal si charlie ni. Nak jugak kenal camner rupa si charlie kan..

(gambar sumber dari google)
Ni la rupa charlie tu.. Beware la kalau jumpa serangga ni. Jangan nak sentuh2...


Ni la tempat yang kena tu. Hari pertama kena.


Ni selepas 3 hari. Dah ok sket, tapi batrisyia masih fobia. Dia tak bagi sentuh. Tapi masa mandikan dia, ok jer.. Tak perasan orang sentuh kat tempat kena tu. Sibuk main air. Ekekeke.. Masa nak pakai baju jer cakap sakit.

So, uols kat luar sana.. beware of this charlie insect.

Wednesday, 8 February 2012

LAMPU DAN KIPAS RUMAH BARU

Masa cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam hari tu, saya gi jenguk rumah baru. Nak tengok progress takat mana dah siap. Lampu-lampu dengan kipas semua dah pasang. Lampu2 yang takde lagi pun saya dah beli dan dah suruh diorang pasang hari tu jugak. Hehehe.. Kat sini saya akan letak gambar2 yang sempat saya ambik dengan harga sekali untuk rujukan sape2 yang nak tau, tapi tak semua la.

Ni chandelier kat ruang tamu.
Harga 1 chandelier RM700.
Kipas DEKA RM395.

Kipas Alpha Vannus ni beli kat kedai yg 1st harga RM330 kat Jalan Dato' Keramat. Beli kat kedai di Juru RM250. Banyak tak beza? Banyak kan??

Ni time dia kuncup.

Lampu kat break1st table ni RM238. Sebenarnya saya tak suka org yg pasang buat bertingkat camni. Saya lebih suka sama level jer. Tapi dia dah pasang dah time saya pegi tu.

Ni lampu kat area tangga rumah. Harga RM110.

Yang ni letak kat balcony master bedroom. Harga RM49 tak termasuk bulb energy saving. Murah tak? Bagi saya memang murah, sebab tu saya beli. Bulb RM6.80 each. So darab la dengan 5 yer.


Kalau on kan switch camni la jadinya.

Yang ni lampu kat balcony bedroom tingkat 3. Harga RM18 tak termasuk bulb energy saving. Bulb RM6.80. Murah gak.

Gambar lampu gate lupa nak ambik.

Untuk pengetahuan uols jugak, harga downlight (boleh tengok gambar pertama or kedua klau tak perasan tadi) RM3.50 jer untuk casing tu. Bulb energy saving RM7.50 satu.



Perhatian! Gambar2 kat bawah ni takde kena mengena dengan tajuk di atas yer. Harap maklum. Tapi nak jugak masukkan kat sini sebab pasal rumah baru jugak. Hehehe..

Ni view belakang rumah baru nanti. Boleh bercucuk tanam nanti kat sini.

Dengan happy budak ni berbasikal kat jalan belakang.

Dua2 happy. *Wink*

Lagi gambar happy.

Ok. Dah habis citer dah. Bye.

Wednesday, 1 February 2012

SuPer CanTik



Perasan tak reading list yang selalu saya jenguk? Antara yang kat reading list  tu ialah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
(letak * byk2, nampak pjg sket.. ekekeke...)

 Blog My Amethyst. Suka tengok shea. Baju2 yang dia pakai kena jer ngan dia. Gambar2 pun cantik2.

Fatin Liyana  pun sama. Super cantik fatin ni, cerdik plak tu..

Adriani pun comel gak. Time preggy pun cantik.


Banyak lagi blog2 pasal fesyen2 ni. Tapi yang selalu tengok yang diorang ni lah.

Rasa macam nak jugak citer pasal pakaian yang dipakai time keje ke, jln2 ke.. tapi rasa biasa je baju2 yang dipakai ni.
Hehehehe..Ada hati jugak nak buat cam diaorang.. Well, kita tengok jer lah nanti yer..

Bye...