Salam utk semua.. Hari ni saya nak kongsi menu berbuka semalam.. Menunya ialah kari ikan ala mamak... Resepi ni saya dapat dari kakak saya.. Rasanya..?? Kena la cuba sendiri sedap ke tak, yer... InsyaAllah sedap la (suami saya ckp sedap) ...
Ikan. (ikut suka nak ikan apa pun)
Bawang besar - 1biji dimayang, 1 biji dikisar
bawang putih - dimayang
Rempah campur (halba, biji sawi, jintan - ada jual yg dah campur camni)
Kari ikan Alagapas
Serbuk cili
Daun kari
Tomato - dipotong 4
Sos tiram
Santan sikit - kalau taknak letak pun takpe
Mula2 panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih yang telah dimayang. Masukkan rempah campur dan daun kari. Bila dah naik bau, masukkan kari ikan alagapas dan serbuk cili. Lepas tu, masukkan air bawang besar yang telah dikisar. Agak2 sendiri la nak kuah banyak mana yer.. Masukkan santan. Lepas tu boleh la masukkan ikan yang berkenan dihati.. Semalam saya guna ikan bawal. Then, masuk plak sos tiram, garam, gula dan buah tomato secukup rasa. Buah tomato tu saya guna 4 biji, sebab nak bagi kuah tu rasa masam dgn buah tomato yer. Tak perlu masukkan asam keping/asam jawa bagai.. Kalau sape2 yang nak letak sayur2 cam bendi ker terung ker. Ikut suka masing2 la. Dah masak boleh la mkn ngan nasi.. Selamat mencuba resipi ni yer puan2.. hehehe....
Ni la rupanya kari ikan tu.. ikan tak berapa nampak plak.. |
Zoom in sket.. |
No comments:
Post a Comment