Thursday, 21 February 2013

Entry Pertama Tahun 2013

Assalamualaikum..


Eh, macam tak kena jer nak buat entry pertama 2013 di hujung bulan Februari.. Hehehe.. Dahla lama takde citer baru kat blog ni. 



Untuk pengetahuan uol, i baru jer start keje 18 Februari 2013 setelah bercuti selama 3 bulan. Baby girl jugak tau.. So dua2 girls la anak i.  Ceh.. ber 'i' la pulak di tahun baru nih.. Ekekeke...



Gambar baby nanti citer lain entry yer. Ni nak warm up jer dulu..



Bye.


Tuesday, 30 October 2012

Taska Cuti La Pulak...

Assalamualaikum.

Ni citer sebelum raya haji minggu lepas. Hari rabu pergi jemput Batrisyia cam biasa la kat taska, sekali cikgu bagitau esok taska cuti. Maknanya sehari sebelum hari raya tu taska tutup. Aku plak memang tak ambik cuti.. Biasanya diaorang akan maklum awal2, tapi kali ni tak maklum plak. Aku tak kisah pun.. Esoknya aku bawak jer Batrisyia datang ofis. Bos aku pun cuti. Kat pejabat pun ramai yang cuti. Tu yang tak kisah bawak anak. Hehehe...


 Ni waktu pagi.


Lepas lunch.

Tu jer nak citer

36 weeks already.

Alhamdulillah.. 


Dah masuk minggu ke 36 dah kandungan aku.. Bersyukur dan sangat hepi sebab semua ok walaupun pernah jatuh 2 kali. hehehe... 

Teruja kot sebab anak 1st dah 3 tahun.

Minggu depan aku dah last keje. Tak sabar dah nak balik kampung, rehat2. Tapi kalau terbersalin awal sebelum balik kampung pun terima jer lah.

So ni la gambar aku masa kandungan 35 minggu. Gambar minggu lepas la ni. Gambar minggu ni takde... Hehehe...


Gemuk kan...



Aku dan Batrisyia



Friday, 14 September 2012

Jemu Tak?

Assalamualaikum..

Korang jemu tak masuk blog ni? Mesti jemu kan sebab tak berupdate tersangat lah lamaaaaaaaa.....
Banyak citer yang nak dikongsi kat sini tapi sebab tuan punya tak berapa nak rajin. Klau gi mana2 mesti amik gambar nak masuk kat blog, alih2 tak update jugak..

hari ni teruja nak upadate sebab tengok follower dah bertambah jadi 3..hehehe.. Blogger glamer plak tu.. Thanks kak eynda.. :) sebab sudi jadi follower kat blog saya ni.. mungkin sebab saya tinggal jejak kat blog akak kot sebelum ni.

Sekian untuk hari ni. Bye. 

Tuesday, 26 June 2012

Ada orang tak ni...

Assalamualaikum..

Waahhh.. lamanye blog tak update.. Klau rumah ni agaknya dah penuh sawang.. Hehehe.. Dah 2 bulan kot blog ni tak berupdate..Walaupun tak berupdate, tapi blog walking tetap blog walking tau.. Bab blog walking agak rajin... Seronok baca blog2 orang. Tapi sekadar silent reader jer lah.. 

Ni nak bagitau kat korang, blog ni masih ada cuma tuan dia agak malas untuk menulis.. Cam tak tau nak tulis apa la. Mungkin sebab pregnant kot.. Hahahaha..Padahal nak bagitau aku pregnant..  Mungkin lepas2 ni aku akan rajin updet blog.. Walaupun ada 2 org je follower kat blog ni.. 

ok, tu jer... Bye.

Tuesday, 3 April 2012

Dinner @ Dave Deli Queensbay

Lepas balik keje semalam, saje jer cakap kat husband rasa cam nak makan kat Dave Deli jer.. Sebabnya hari jumaat lepas kitaorang pergi nak makan kat situ, tapi yang kitaorang nak makan tu dah habis. So, semalam ngada2 ajak husband pergi Queensbay semata-mata nak makan kat Dave Deli. Hahahaha... Saje jer nak ngepau husband. Ni la yang kita order malam tadi...

Tadaaaa......Sila jamu mata anda. hehehehe...



For Me.

For Little Girl. Tapi budak tu tak makan sikit pun. Yang dia makan kentang lenyek dalam pinggan mama dia jer. Sup ni papa dia yang makan.

For Him.


For Us.

For Him.


Makan kat sini ok la. Sape2 yang tak pernah rasa, boleh rasa. Kitaorang pun first time makan kat sini tau.

Monday, 2 April 2012

TAK PUAS..

Tak puas hati sebenarnya. Apsal la tempat saya ni takleh nak bukak sesetengah blog, klau boleh pun mesti done with error.. Memang agak menyakitkan hati la jugak. Time2 takde keje tu nak berblog walking la jugak kan. Tapi tak bolehhhh... Eeeeee... Geram. Tempat orang lain elok jer. Blog sendiri pun sama. Nyampah tauu... Nak kena panggil org it ni.. hehehehe.. Blog punya pasal. Time2 bos takde ni leh la ngade2 nak berblog.. Time bos ada pun boleh jugak, janji keje siap.. kan???