Thursday 31 October 2013

Tuaian Pertama

Assalamualaikum..




Hasil dari kebun kecik kat belakang rumah ni, dapatlah tuai kacang botol hari ahad lepas.
Seronok sangat rasanya bila dapat hasil dari kebun sendiri walaupun mak yang tanam pokok tu.. hikhik..

Tinggal kat rumah teres ni tanah takde.. Nasib ada sikit tanah kat belakang tu. Boleh la bercucuk tanam. Banyak juga pokok yang tanam dalam pasu jer. Tak cukup tanah katanya nak tanam kat belakang semua.



Pokok yg merimbun.



Suasana kebun kecik waktu pagi.

Ni pokok-pokok yg ditanam kat belakang rumah, ada pokok kelapa, serai, ubi kayu, betik dan yang kat tengah-tengah tu pokok mangga. Aku ni baru nak belajar tanam pokok. Setakat ni boleh la... Baru nak berjinak-jinak. Ok lah. Bye. 

Ohye, satu pencapaian aku berjaya update blog dah 2 kali bulan ni.. Hikhikhik...




1 comment: