Thursday 6 February 2014

Potong Rambut

Assalamualaikum.

Batrisyia aka kakak ni tak pernah potong rambut sebelum ni.  Yang cukur jambut tu  tak kira tau.. Hihihi.. Beberapa minggu lepas, aku bawak dia p potong rambut kat saloon. Sebelum tu, hari-hari aku bagitau dia pasal nak p potong rambut pasal takut dia taknak potong. 

Sebab utama aku nak potong rambut dia kerana dia ada kutu wei.. Dah sekolah ni, berjangkit la. Rambut dia memang panjang dan ikal, susah la sikit nak sikat guna sikat kutu tu.  
Tengah tunggu uncle datang potong rambut.



Potong.



Keputusan untuk potong pendek memang tepat la, pagi-pagi nak p sekolah takde la hazab nak sikat rambut dia. Hahaha.. 


Cuci rambut skali, mata pun kuyu.


Best ke kakak?


Dia memang teruja nak potong rambut cuma boring sikit la sebab lama kan kena tunggu siap semua. So ni la penampilan kakak sekarang. 



Depan.

Belakang.

Comey tak saya?
Misi untuk membuang kutu-kutu tu masih berjalan. Tak habis-habis jugak. haishhh..


Wednesday 5 February 2014

Nur Irdina

Assalamualaikum.

Tajuk entry ni sempena anak aku yang nombor 2.

Aku bersalin kat Irdina ni pada 5 Disember 2012. Sekarang dah 2014 zaza oii..
Umur dah setahun lebih, baru hegeh-hegeh nak up dalam blog. Hihihi...
Yang no. 2 ni aku bersalin secara ceaser, sebabnya dia dah yak-yak kat dalam nuh.
Air ketuban dah tukar kaler hijau sket, so doktor decide untuk operate.


Nur Irdina yg baru kenal dunia. Masih kat hospital.

Ni dah balik umah dah.


Dah botak.





 Dan ni gambar si kecik ni yang terbaru. 


Buat muka time nak ambik gambar.



Suka duduk tempat-tempat sempit atau bakul. Dalam bakul kecik yang aku letak remote pun dia nak masuk duduk.  Pastu nangis sebab takleh nak duduk. Alahai anak..


Irdina dah boleh jalan masa umur dia 11 bulan.  Memang cepat berbanding Batrisyia.  Dia jenis makan semua, takde yang tolak.  Tu jer lah dulu pasal Irdina.
Entry ni patut aku up tahun 2012.  Ni dah kira entry throwback back dah ni. kahkahkah..



Diakhiri dengan gambar Mama dan Irdina.

Bye.




Tuesday 4 February 2014

Bilik Atas

Assalamualaikum.

Muncul kembali di tahun 2014 setelah lama tak update blog.

Lepas masuk rumah ni takde plak aku nak buat tour untuk rumah aku ni.. Masa sebelum masuk hari tu, beria aku buat tour pasal rumah walaupun tak banyak sebenarnya. kahkahkah. 
Kali ni aku nak share gambar bilik kat tingkat paling atas. Bilik tu kecik jer, sebelum ni main sumbat jer segala kotak-kotak dan barang yang cacamerba.

Aku dah lama nak kemas bilik tu tapi encik husband tak bagi usik barang2 dia. Takut aku buang la tuh.. Hihihi.  Tapi setelah dekat 2 tahun pindah, aku memang nekad nak kemas bilik tu.  Jadi misi bermula dengan menyusun buku-buku encik husband kat rak.

Lepas tu buang segala benda yang boleh dibuang. Kotak-kotak pun buang.  Baru la clear mata aku tengok bilik tu.
Aku ingat nak buat ofis encik husband kat situ. Tapi tak tau la jadi ke idok.  Sekarang dia buat keje kat dining table.  Sepah-sepah wei dengan barang dia, tapi radho jer lah.

So ni la keadaan sebelum dan selepas dibuang, disisih dan dikemas apa yang patut.



Ni gambar sebelum yer.



penuh segala barang dan kotak-kotak.



pening tengok tau.


Dalam kotak ni kebanyakan buku encik husband dan barang mainan.


Ni gambar selepas kemaskan bilik tu.

*


*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*



*


Ngade-ngade nak suruh korang scroll lama sikit. Hihihi..


Simple jer pun. Tapi beria macam best sangat ko kemaskan. Hahaha..


Kemas banyak ni dari yang dulu.

Sekian dulu pasal bilik ni. Lain kali aku up citer lain plak yer.

Bye.